Pengenalan semula abad ke-20 Islam_di_Korea_Selatan

Semasa Perang Korea, Turki menghantar tentera dengan sejumlah yang besar bagi membantu Korea Selatan di bawah pimpinan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang disebut Turki Brigade. Selain sumbangan mereka di medan perang, para Turki juga membantu dalam kerja-kerja kemanusiaan, membantu mengendalikan sekolah masa-perang untuk anak-anak yatim perang. Tidak lama selepas perang, beberapa orang Turki yang bertugas di Korea Selatan sebagai pasukan keamanan PBB mula mengajar orang Korea tentang Islam. Orang Muslim Korea yang mula-mula pada masa itu menubuhkan Korea Muslim Society pada tahun 1955, dan pada saat itu juga masjid Selatan Korea pertama ditubuhkan.[4] Korea Muslim Society menjadi semakin besar dan kemudiannnya ditukar kepada Korea Muslim Federation pada tahun 1967.[3]